Berbasikal sekitar Bern ketika pulang dari kerja.
Sebelum ini selama 4 tahun saya meluangkan masa 4 jam sehari di atas pengangkutan awam untuk berulang-alik ke tempat kerja. Mendapat kerja di bandar berdekatan dengan tempat tinggal merupakan satu kelebihan yang amat saya hargai. Saya mendapat lebih masa lapang dan juga berpeluang menaiki basikal setiap hari!
Pada musim bunga inilah ramai yang mula berbasikal ke sana ke mari. Bandar Bern merupakan antara bandar yang tidak mesra kereta persendirian. Lihatlah di video di bawah yang menunjukkan jumlah basikal dan pengangkutan awam lebih berbanding kenderaaan persendirian.
Video selama 2 minit di bawah dirakamkan sewaktu saya pulang dari pejabat ke rumah. Ia mengambil masa sekitar 30 minit dan jaraknya sejauh 6.5 kilometer.
Apa komen anda?