Air batu sebagai hasil eksport negara.
Rakyat Swiss adalah rakyat yang bijak. Sebab itulah mereka boleh menjadikan negara mereka antara negara yang terkaya di dunia meskipun negara mereka kecil dan tidak mempunyai sumber asli.
Gambar yang saya terjumpa ini adalah sekumpulan manusia yang melombong ais di glasier yang terletak di tanah tinggi Grinderwald, Bern sekitar abad ke 18.
Pada tahun 1863 satu syarikat telah ditubuhkan untuk melombong ais daripada glasier. Ramai penduduk tempatan mencari rezeki dengan bekerja dengan syarikat konsesi yang bernama Schegg & Böhlen ini.
Ke mana blok ais ini pergi?
Blok-blok ais ini ditransport sehingga ke Paris dan Bulgaria untuk dijadikan bahan penyejuk. Pada tahun 1864 lebih 800 Ton ais telah dieksport! Pembinaan landasan keretapi merancakkan lagi perlombongan ais ini.
Industri ini berakhir pada perang dunia kedua. Pada masa itu, peti sejuk mula dicipta dan dipasarkan. Pada tahun 1914 tamatlah perlombongan dan pengeksportan blok ais dari Switzerland.
Apa komen anda?