Ternakan kerapu dan siakap dari Malaysia di pasaraya Switzerland.



Setiap minggu penulis meluangkan masa membaca majalah mingguan pasaraya. Di sini terdapat dua syarikat yang memonopli barangan runcit iaitu Coop dan Migros.

Terkejut hari ini bila ternampak ikan siakap dan kerapu yang dijual dengan potongan 20%. Setiap produk harus dideklarasikan asal usulnya, dan ikan ini berasal dari Malaysia! Turut dipaparkan bahawa ikan ini diternak dan bukannya ikan tangkapan liar. Rakyat Switzerland amat prihatin dengan haiwan ternakan. Pernah terjadi di mana pasaraya disini terpaksa menghentikan import daging arnab dari negara Poland kerana didapati kandang arnab terlalu kecil dan tidak memenuhi piawaian Switzerland.

Kali terakhir penulis membeli ikan yang diimport dari Malaysia setahun yang lepas iaitu ikan tilapia.

Harga runtuh ikan siakap ini berharga RM 113 sekilo berbanding harga biasa RM142 sekilo ,manakala ikan kerapu pula berharga RM 177 sekilo (kadar tukaran hari ini CHF1=RM3.55)

Berapah harga ikan siakap dan kerapu di Malaysia?

IMG_8061
Ikan siakap dengan potongan harga 20%
Kerapu
Ikan kerapu yang berharga RM 177 sekilo.

IMG_8064

 

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.