Satu perlima rakyat Switzerland tiada agama.



tiadaagama

Tidak seperti di Malaysia di mana agama merupakan satu pengaruh penting bagi kehidupan masyarakat, di sini keagamaan semakin luntur setiap hari. Meskipun tanpa agama, negara aman yang rendah dengan kadar jenayah dan tinggi kesedaran moral serta sivik ini adalah hasil daripada didikan sekeliling yang mementingkan sifat bertanggungjawab dan prihatin terhadap diri sendiri dan juga kepada masyarakat.

Mengikut carta di atas mereka yang mengistiharkan tidak beragama melonjak naik sejak tahun 1960an. Di sini, sesiapa yang beragama Protestan / Katholik dikehendaki membayar cukai agama.

Meskipun lebih separuh daripada penduduk di sini menyatakan yang mereka masih beragama namun realitinya mereka hanya ke gereja untuk menghadiri upacara perkahwinan dan juga kematian. Gereja setiap minggu semakin lengang dan yang menghadirinya hanyalah warga emas. Institusi agama mengalami kesulitan mendapatkan individu yang ingin menjadi paderi, biarawan dan biarawati.

Sebuah gereja di kampung Sigriswil berserta kubur.
Sebuah gereja di kampung Sigriswil berserta kubur.

Mengapakah keagamaan semakin luntur di Switzerland dan juga di kebanyakan negara Eropah Barat? Ini adalah permerhatian saya yang terhad.

  1. Mengikut sejarah, agama di sini sering disalahgunakan untuk kepentingan sekumpulan masyarakat dan dalam masa yang sama menindas sekumpulan  manusia yang lain. Lihatlah kemewahan pembesar zaman dahulu dan juga rapatnya mereka dengan institusi agama demi meraih pengaruh dan kuasa.
  2. Tanpa agama bukan bererti masyarakat porak peranda. Rakyat di sini membuktikan tanpa agama menjadikan mereka lebih toleran, memahami dan juga berbakti tanpa mengira siapa untuk ditolong.
  3. Kepincangan, perpecahan dan peperangan rata-ratanya kerana agama, di sini, sejarah membuktikan kerana agama banyak darah manusia tercurah.
  4. Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa institusi agama seperti kes cabul oleh paderi menyebabkan rakyat di sini merasa jengkel.
  5. Ajaran agama yang tidak lagi relevan bagi nilai kemanusian masyarakat di sini. Sebagai contoh, rakyat di sini mengundi untuk mengiktiraf hubungan sejenis berdaftar. Bagi mereka, tiada hak untuk mereka mengecam urusan peribadi insan lain.  Setiap golongan yang dipandang minoriti diterima di sini. Minoriti di sini termasuklah juga pelarian yang beragama Islam seperti pelarian Bosnia dan Kosovo  dan kini pelarian Syria.
  6. Sambungan di atas, nilai Switzerland yang neutral, mereka tidak suka mempengaruh dan dipengaruhi. Mereka juga adil dan praktikal, jika anda menyatakan yang agama anda adalah benar, buktikan dengan contoh di depan mata, jangan ingin mempengaruhi mereka sekiranya agama kita teorinya sempurna tetapi realitinya umat kitalah yang mundur, berpecah belah …

Apa yang pasti, kebanyakan ajaran Islam yang saya pelajari di tanah air banyak di amalkan oleh penduduk yang tidak beragama di sini. Mereka rata-ratanya amanah, jujur, menepati masa, suka menolong, bertoleransi, zuhud dan sebagainya. Manakala di tanahair saya dicanangkan dengan kesemua nilai-nilai ini di corong-corong pembesar suara masjid namun di dalam kehidupan seharian, majoritinya berkelakuan sebaliknya. Contohnya, kita semua tahu yang kebersihan itu separuh daripada iman, dan lihatlah bertapa ‘bersihnya’ tandas masjid-masjid kita.

 

Leave a Reply to admin Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.