Lelaki dan perkahwinan di Switzerland.



Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Semakin ramai lelaki di Switzerland yang tidak berkahwin. 18.4% daripada jumlah penduduk lelaki pada masa ini tinggal bersendirian. Ianya berjumlah 577 000 berbanding hanya 373 000 pada dua puluh tahun yang lepas.

Mengapakah sedemikian? Institusi perkahwinan bukan lagi sesuatu yang penting di negara ini. Separuh daripada perkahwinan berakhir dengan penceraian. Kebanyakan penceraian berlaku dari tahun pertama sehingga ke tahun enam atau lapan perkahwinan. 75% daripada penceraian ini diminta oleh isteri. Yang anehnya, mereka yang mempunyai pasangan antarabangsa mempunyai kadar penceraian yang lebih rendah berbanding pasangan sesama Swiss.

Bila lelaki bercerai, mereka terpaksa menganggung nafkah anak sehingglah anak mereka mampu menyara hidup mereka sendiri, maksima sehingga umur 26 tahun.  Bayaran minimum adalah 10% daripada pendapatan bersih bulanan untuk seorang anak.  Jikalau bekas isteri tidak berkerja semasa mereka berkahwin, bekas isteri mempunyai hak mendapat nafkah sehingglah bekas isteri berkahwin lain ataupun memperolehi kerja. Harta serpencarian termasuk simpanan, pencen dan sebagainya akan dibahagi dua. Menyedari hak jantina yang todak seimbang ini terdapat satu pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak lelaki.

Dengan itu ramailah lelaki di sini memilih untuk tidak berkahwin mahupun serik untuk berkahwin lagi. Bila mereka bertemu pasangan baru, mereka tidak mampu untuk berkahwin kerana terikat dengan tanggungan lama. Tambahan pula, cukai adalah lebih tinggi bagi pasangan yang berkahwin.

Kebelakangan ini kebanyakan undang-undang keluarga dipinda agar pasangan yang bersekedudukan mendapat hak yang hampir sama dengan mereka yang berkahwin.

Saya ada mendengar yang kadar penceraian di Malaysia masih rendah, tetapi meningkat setiap tahun. Mungkinkan keadaan seperti di atas juga akan berlaku di tanahair 50 tahun akan datang? Wallahua’lam.

Sekadar melaporkan.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.