Berbasikal sambil membawa senjata api.



Apa perasaan and bila melihat seorang membawa senapang sambil berbasikal seperti didalam gambar ini?

Gambar ini diambil dekat dengan kawasan kediaman penulis. Mengikut kajian pada tahun 2005, 29% kediaman disini memiliki senjata api di dalam rumah mereka. Switzerland merupakan antara negara yang paling aman di dunia tetapi ini tidak bermakna mereka tidak berjaga-jaga.

Setiap lelaki Swiss yang berumur antara 20 dan 30 tahun dan cukup syarat kesihatan perlu menjalani latihan ketenteraan selama 3 bulan dan diberikan senjata api.  Lelaki yang membawa senjata ini berkemungkinan menuju ke lapang sasar untuk berlatih.

Apa yang menarik, meskipun terdapat banyak senjata api, kadar jenayah yang melibatkan senjata api di sini sangatlah rendah, tidak seperti di Amerika Syarikat.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.