Tiada plaza tol, bayaran satu harga setahun sekali.



Sistem pengangkutan darat dan bagaimana ia ditanggung di Switzerland  amatlah berbeza daripada Malaysia. Seperti Malaysia terdapat beberapa ketegori jalan. Berikut adalah jenis jalan dan bagaimana ia ditanggung di sini.

  • Jalan Nasional= dibayar oleh cukai petrol dan diesel
  • Jalan Negeri=  dibayar oleh cukai pemilik kenderaan. Kadar ditentukan oleh setiap kanton (negeri)
  • Lebuhraya= Tol
Jaringan lebuhraya Switzerland
Jaringan lebuhraya Switzerland yang berjumlah 1415 kilometer.

Namun jika anda memandu di atas lebuhraya ini tiada satupun plaza tol kelihatan. Ini kerana pengguna lebuhraya di sini membayar tol mereka setahun sekali.Tidak kira sama  ada kereta itu diguna sekali setahun atau setiap hari, harganya sama, iaitu CHF 40 (MYR 174 *). Ini menguntungkan rakyatnya yang banyak menggunakan lebuhraya. Dalam masa yang sama, kerajaan juga mengaut keuntungan daripada kenderaan pelancong daripada negara jiran seperti Itali, Jerman, Perancis, dan Austria yang memandu merentasi Switzerland. Jika mereka memandu sehari ataupun seminggu, mereka tetap perlu membayar CHF 40!

Lebuhraya di sini tidak diberi konsesi kepada sesiapa. Tidak seperti Malaysia yang terdapat banyak berpuluh syarikat yang mengaut keuntungan daripada pembinaan lebuhraya dan pengutipan tol berdekad lamanya.

Apa yang menarik ialah berapa kerap harga tol ini dinaikkan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1985. Hanya sekali sahaja!

1985-1994=-CHF 30 setahun (MYR 130*)

1995-2015=CHF 40 setahun (MYR 140*)

Pada tahun 2013 kerajaan Switzerland mencadangkan agar tol dinaikkan kepada CHF 100 (MYR 424*) setahun. Namun begitu keputusan ini ditolak oleh undi rakyat. Selaku negara yang mengamalkan demokrasi secara langsung,  kebanyakan keputusan negara Switzerland ditentukan oleh undi rakyat, bukannya ahli politik.

*kadar tukaran CHF-MYR ketika artikel ini ditulis.

Pelekat di kereta bukti tol sudah dibayar (gambar internet)
Pelekat di kereta bukti tol sudah dibayar, setiap tahun dikeluarkan pelekat yang berbeza. (gambar internet)

Apa komen anda?