Las Vegas, syurga lampu neon.



Setelah berminggu-minggu memandu di kawasan pedalam Amerika, saya merentasi negeri Nevada untuk ke Las Vegas. Ia adalah kota metropolitan di tengah-tengah gurun yang mempunyai penduduk seramai 2.3 juta iaitu hampir sama dengan Kuala Lumpur!

Hotel yang sama pilih kali ini ialah Aria Resort yang mempunyai 4000 bilik. Untuk daftar masuk sahaja terdapat lebih daripada sepuluh kaunter masuk yang beroperasi siang dan malam.  Hotel ini terletak di kawasan ‘the Strip’ iaitu jalan di mana terdapat paling banyak pelancong lalu-lalang setiap hari.

Jika dahulu bandaraya ini terkenal dengan perjudian, kini ianya menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia kerana di sini terkenal dengan pelbagai jenis konsert, sarkas, komedi dan juga musikal setiap hari.  Selain itu juga ianya menjadi tumpuan untuk membeli belah barangan berjenama dengan harga murah di pusat ‘Outlet’. Tidak cukup dengan pelancong, bilik-bilik hotel di bandar ini juga dipenuhi oleh peserta-peserta kongress yang seringkali diadakan di sini.

Aktiviti yang paling digemari pelancong di sini adalah bersiar-bersiar di laluan ‘the Strip’ pada waktu malam. Bukan sahaja cuaca pada malam hari lebih selesa tetapi kawasan ini cantik dihiasi oleh lampu-lampu neon (dan juga LED) pelbagai warna.

Kawasan sekeliling tasik di hotel Bellagio, hotel yang bertemakan Itali ini dipenuhi oleh orang ramai kerana di sini terdapat persembahan air pancut bermusik setiap 15 minit. Ianya mengingatkan saya kepada persembahan sebegini di KLCC dan juga Dubai.

Hotel Bellagio bertemakan Itali
Pertunjukan percuma air pancut bermusik di depan hotel Bellagio.

Setelah penat bersiar-siar di ‘the Strip’ dan meluangkan masa membeli-belah, saya menikmati persembahan sarkas berteknologi tinggi Cirque du Soleil yang bertajuk ‘O’ yang bertemakan air, udara dan api.

Pertunjukan sarkas Cirque du Soleil ‘0’

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.