Istana Spiez yang dibina pada abad ke 10



Tasik Thun merupakan tasik yang dikelilingi oleh gunung-ganang. Di sekitarnya terdapat banyak bangunan lama yang masik dipelihara dengan elok. Sebelum ini saya memaparkan gambar Istana Schadau yang agak moden.

Kali ini terletak di pekan Spiez di persisiran Tasik Thun, saya melawati Istana Spiez menggunakan bot. Ianya mengambil masa sejam dari Pekan Thun. Istana Spiez atau dalam bahasa Jerman dikenali sebagai Schloss Spiez mula dibina pada abad ke 10 lagi. Sejak dari itu ianya bangsawan yang bertukar ganti dari satu abad ke abad yang lain.Pada tahun 1927 berakhirlah era bangsawan sebagai pemilik istana ini kerana ianya dijual kepada satu pertubuhan amal.

Kini  istana dan taman dibuka untuk orang ramai. Di dalam istana ini terdapat restoran, bilik untuk persidangan dan ruang untuk konsert ataupun pameran.

 

 

Leave a Reply to admin Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.